Mohd Najib bin Abdul Razak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak | |
Penjawat kini | |
Mula berkhidmat 3 April 2009 | |
Raja | Tuanku Mizan Zainal Abidin |
Timbalan | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Abdullah bin Ahmad Badawi |
Kawasan | Pekan |
Tempoh berjawat 1976 – kini | |
Majoriti | 26,464 |
Tarikh lahir | 23 Julai 1953 (umur 58) |
Tempat lahir | Kuala Lipis, Pahang |
Parti politik | - BN-UMNO |
Pasangan | Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai) Rosmah binti Mansor |
Anak | 5 |
Agama | Islam |
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan. [2]
No comments:
Post a Comment