MUHD ARIF FATAH BIN ALI
                      SK(FELDA)CHERUL

Tuesday, 22 November 2011

Nicol Ann David


Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysiayang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
A women in a black t-shirt and a sunglasses on her head smiling.
Add caption
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Seduniadua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleilymenyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Cikgu Zul Azri

My Photo

Monday, 21 November 2011


datuk-lee-chong-wei-juara-dunia-di-hati-rakyat-malaysia
Walaupun Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kemenangan terhadap musuh tradisinya Lin Dan dari China, tapi dengan semangat Lee Chong Wei sebentar tadi memang terserlah apabila berjaya mengalahkan pada set pertama dengan mudah. Siapa sahaja yang menonton perlawanan Badminton Dunia 2011 sebentar tadi, memang terasa kecut perut, lemah jantung dan macam-macam lagi. Itu yang menonton, apatah lagi mereka yang berada di dalam gelanggang perlawanan tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana Datuk Lee Chong Wei berjaya ke peringkat akhir Badminton Dunia 2011 ini walaupun gagal mengalahkan Lin Dan. Takpe Datuk, kami sentiasa menyokong Datuk dan kami akan tunggu pada tahun 2013 nanti. Malaysia Boleh!

WEDNESDAY, 4 MAY 2011

Kenangan Hari Guru SKFC 2008

Merempit di hari guru......



Nok sumpit apa tu Mahani weii........Pah ni boleh ah sumpit burung kukur kat depan umoh tu...

Menyungguh sangat hok pakai baju putih tu........

Pertunjukkan amal sempena hari guru ........

Biodata Safee Sali

Thursday, December 30, 2010



Biodata

Nama Penuh : Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh Lahir : 29 Januari 1984 (26)

Tempat Lahir : Kajang , Selangor , Malaysia

Tinggi : 1.72

Posisi : Penyerang

Jurulatih Individu : Ujang 9897

Status : Dah kawin, dua orang anak


Kelincahan dia aku sangat kagum....terbaik bro...!!!!!!!!




P/S : tengok dia nie teringat arwah mokhtar

PERDANA MENTERI MALAYSIA


Mohd Najib bin Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Mohd Najib bin Abdul Razak

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
3 April 2009
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
TimbalanMuhyiddin Yassin
Didahului olehAbdullah bin Ahmad Badawi
KawasanPekan

Ahli Parlimen
untuk PekanPahang(P85)
Tempoh berjawat
1976 – kini
Majoriti26,464

Tarikh lahir23 Julai 1953 (umur 58)
Tempat lahirKuala LipisPahang
Parti politikBN-100px.jpg-UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
PasanganTengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai)
Rosmah binti Mansor
Anak5
AgamaIslam
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen PekanPahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan. [2]

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Latar belakang

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala LipisPahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

[sunting]Pendidikan

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. JohnKuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di WorchestershireEngland. Beliau mendapatIjazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

[sunting]Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 19931996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .

[sunting]Kontroversi

Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kencaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga dimana kenyataan bersumpah dialakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

[sunting]Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

Rencana utama: Isu Najib-Altantuya
Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.[3]
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Parispada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.[perlu rujukan]
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister [1] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.[4] Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.
Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. [5] Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[6][7]

[sunting]Perhimpunan Kampung Baru 1987

Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina".[8]Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan[9]. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [10]

[sunting]Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular

Dalam mengekalkan stategi UMNO untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama[11], Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."[12]

[sunting]Perkauman

Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina.[13] Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [14] Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.

[sunting]Kecekapan dan kemampuan diragui

Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".[15]

[sunting]Semasa menjawat Perdana Menteri

Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.[16]

[sunting]Gagasan 1 Malaysia

Untuk melihat lebih informasi tentang gagasan 1 Malaysia sila lihat; 1 Malaysia.
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

[sunting]Lihat juga

[sunting]Pautan luar

[sunting]Rujukan

  1.  Biodata di tapak web Parlimen Malaysia
  2.  Perdana Menteri Malaysia Ziarahi Leluhur di Gowa
  3.  Najib’s Ex-Security Guards Guilty of Malaysian Murder Bloomberg
  4.  "Najib under pressure, again", The MalaysianInsider, Malaysian Insider, 2008-10-11. Dicapai pada 2008-10-11. 
  5.  ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16
  6.  Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011
  7.  Raja Petra’s admission ‘exposes the chief conspirator’, Friday April 15, 2011 , The Star Online.
  8.  The political revival of Malaysia's Anwar
  9.  Brown, Graham K. (April 2005), Balancing the Risks of Corrective Surgery: The political economy of horizontal inequalities and the end of the New Economic Policy in Malaysia, Oxford: Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity, CRISE; Queen Elizabeth House, University of Oxford, capaian 07-12-08
  10.  Fitnah burukkan imej PM
  11.  Freedom House: Country report (Malaysia, 2007 update)
  12.  Islam’s war on sin dims bright lights in a nation torn between cultures, Nick Meo, Kota Bharu, August 18, 2007
  13.  The political revival of Malaysia's Anwar.
  14.  Fitnah burukkan imej PM
  15.  Krisis ekonomi: Dr M sifatkan Najib tidak mampu, HarakahDaily.net
  16.  Transformasi 100 hari Najib", Utusan Online, 11 Julai 2009.

Penyandang TerdahuluPerdana Menteri Malaysia
3 April 2009 – "Kini"
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi"Masih berkhidmat"
Penyandang TerdahuluTimbalan Menteri Pendidikan
1980–1981
Penyandang Kemudian
????
Penyandang TerdahuluTimbalan Menteri Kewangan
1981–1982
Penyandang Kemudian
????
Penyandang TerdahuluMenteri Besar Pahang
1982–1986
Penyandang Kemudian
Dato' Hj Abdul Rashid Bin Hj Abdul RahmanTan Sri Haji Mohd. Khalil bin Yaakob
Penyandang TerdahuluMenteri Belia dan Sukan
1986–1990
Penyandang Kemudian
Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud'Y.B. Dato' Annuar Haji Musa'
Penyandang TerdahuluMenteri Pertahanan
1990 – 1995
Penyandang Kemudian
??'??'
Penyandang TerdahuluMenteri Pendidikan
1995–1999
Penyandang Kemudian
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. DaudTan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
Penyandang TerdahuluMenteri Pertahanan
1999 – 2008
Penyandang Kemudian
Syed Hamid Albar'Abdullah bin Haji Ahmad Badawi'
Penyandang TerdahuluTimbalan Perdana Menteri Malaysia
7 Januari 2004 – 2009
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad BadawiMuhyiddin Yassin
Penyandang TerdahuluMenteri Kewangan
2008 – Kini
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi'Masih Berkhidmat'
Penyandang TerdahuluPresiden UMNO
28 Mac 2009 – Kini
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi'Masih Berkhidmat'